Total Pageviews

Saturday 20 May 2023

 Anggaran Musim di Osaka & Tokyo


Musim Bunga ialah pada bulan Mac dan April. Kebiasaannya Sakura mekar dan kembang pada awal bulan April sehingga ke pertengahan bulan April. Biasanya tiket pesawat agak tinggi terutamanya jika beli lewat. Penginapan juga agak mahal dan cepat habis.

Musim Panas ialah musim selepas berakhir Musim Bunga. Tempohnya ialah daripada bulan Jun sehingga September. Biasanya tiket pesawat pada musim panas berada pada paras termurah.
Musim Luruh ialah musim selepas berakhir Musim Panas. Tempohnya ialah daripada bulan Oktober sehingga awal Disember. Daun-daun berubah menjadi kuning dan merah sekitar bulan November. Tiket pesawat berada pada paras pertengahan sebelum mendekati cuti sekolah dan perayaan Krismas.

Musim sejuk ialah musim selepas berakhir Musim Luruh. Ia biasanya bermula pada awal Disember dan berakhir pada awal bulan Mac. Tiket pesawat mula menjadi mahal daripada pertengahan Disember sehingga ke minggu pertama Januari. Tetapi menurun selepas itu sehingga ke hujung bulan Februari.
*Tiket pesawat akan meningkat apabila bertemu dgn cuti sekolah, cuti negeri serta cuti kebangsaan.


Wasap saya untuk dapatkan sebut harga, tarikh, itinerary, kustom pakej dan lain2.
http://www.wasap.my/+60196940748/naktanyapakejkeJEPUN

No comments:

Post a Comment