KHAS UNTUK MEREKA YANG INGIN TRAVEL KE JEPUN!
Adakah Korang Alami Masalah Seperti Ini?
Nak travel ke Jepun tapi bajet kurang?
Nak buat itinerari sendiri tapi tak cukup masa?
Ada masa yang cukup untuk buat itinerari, tapi buntu nak susun perjalanan?
Nak buat study tentang Jepun, tapi terlalu banyak info untuk dihadam..
Nak travel sendiri atau dengan group sendiri, tapi tidak yakin?
Nak ikut Tour Guide, tapi mahal..
Nak ikut group, tapi tak mahu bercampur dengan orang lain tak dikenali..
Nak explore banyak tempat tapi nak explore sendiri..
JANGAN RISAU, SETIAP MASALAH INSYAALLAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA
Nak travel ke Jepun tapi bajet kurang?
- Sebenarnya ada rahsia dan cara untuk mengurangkan bajet ke tahap paling jimat. Antaranya ialah dari segi kos pengangkutan, kos penginapan, kos tiket masuk ke tempat-tempat tertentu, dan bagaimana itinerari di susun supaya tidak berselerak.
Nak buat itinerari sendiri tapi tak cukup masa?
- Benda yang paling sukar ialah untuk merangka itinerari. Sekali buat memang tak menjadi. Itinerari adalah tulang belakang kepada setiap travel. Tanpa itinerari, perjalanan akan jadi caca merba. Tapi untuk buat itinerari yang memasukkan semua tempat-tempat yang kita nak pergi, kita perlukan masa yang panjang terutamanya jika kita belum pernah pergi ke tempat tersebut.
Ada masa yang cukup untuk buat itinerari, tapi buntu nak susun perjalanan?
- Sama seperti di atas, untuk menyusun tempat-tempat lawatan dalam satu hari dari pagi sampai ke petang pun akan ambil masa yang lama. Itu belum dikira hari kedua, ketiga dan seterusnya. Banyak maklumat perlu digali dan digabungkan.
Nak buat study tentang Jepun, tapi terlalu banyak info untuk dihadam..
- Sama seperti di atas, banyak info perlu dikutip daripada internet dan kemudian diletakkan di dalam itinerari, samada sebagai nota utama atau sebagai nota tambahan.
Nak travel sendiri atau dengan group sendiri, tapi tidak yakin?
- Ramai yang risau tidak boleh survive semasa travel di jepun terutamanya dalam bab menaiki keretapi dari satu tempat ke satu tempat sebab tidak biasa dengan sistem pengangkutan di sana. Selain itu, ada banyak lagi perkara yang boleh menyebabkan kerisauan pada kita, contohnya ialah di mana nak makan dan di mana nak bersolat. Selain itu, masalah utama ialah bagaimana hendak pergi ke tempat lawatan dari stesen keretapi.
Nak ikut Tour Guide, tapi mahal..
- Ya, ini betul. Dengan tour guide, you all hanya uruskan diri sendiri saja. Hanya enjoy lawatan saja. Tidak perlu bersusah payah. Tapi ada orang yang semakin bersusah payah semasa lawatan akan menyebabkan dia berasa lebih bersemangat. Cumanya utk tour guide, korang kenalah tanggung kos dia dari awal sehingga akhir, dan upah perkhidmatan yang diberikan.
Nak ikut group, tapi tak mahu bercampur dengan orang lain tak dikenali..
- Ada orang yang hanya boleh travel dgn kawan-kawan dia saja. Dengan orang lain dia tak mahu. Orang macam gini memang kena travel sendiri dan tak sesuai join group tour guide.
Nak explore banyak tempat tapi nak explore sendiri..
- Untuk orang sebegini, memang disarankan untuk travel sendiri kerana kalau join dengan group, dia tidak akan dapat peluang untuk berlama-lama di satu tempat, atau untuk pergi ke tempat lain yang tidak ada di dalam itinerari.
No comments:
Post a Comment